Haaa, this entry mesti ramai yang tertanya-tanya dan tak sabar nak tahu puncanya kan???? WHY??? because before this pun Sabrina memang mengalami gejala ni...and i am sure ramai lagi wanita diluar sana mengalaminya...tapi tak kan tak nak cari penyelesaiannya, nak dibiarkan saja????
The first thing yang datang kat our mind bila lambat datang period mesti la PREGNANT????? betul tak??? Kecuali uols memang merancang untuk hamil then it will be fine la kan. So now, Sabrina akan share dengan uols 12 sebab kenapa wanita lambat datang haid. ('',)
1) TEKANAN - Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda
dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan
mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya
memberhentikan haid kita.
2) MASALAH KESIHATAN - Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau
sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal
terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.
3) UBAT-UBATAN - Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan
traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul,
kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
4) BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - Hormon prolaktin yang
berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid
anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu
keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan
doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah
hyperprolatinemia.
5) MENYUSU BADAN - Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.
6) TIROID - Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin
merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah
sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.
7) GEMUK - Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon
kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon
estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid.
Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar
kitaran haid anda kembali seperti biasa.
8) TERLALU KURUS - Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi
haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman
seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang
sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.
9) TERSILAP KIRA - Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati
dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35
hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari
pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.
10) MENOPOUS - Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin
sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya
bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian
darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk
menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah
dipangkal rahim.
11) PENCEGAH HAMIL - Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti
depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat
datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi
seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
12) HAMIL - akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!...
congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.
So, jangan malu2 untuk call/sms Sabrina okiesss... 019-2983134
No comments:
Post a Comment